Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel persediaan menjadi ibu bapa

apakah kejayaan anak-anak itu....

Saya percaya, ramai orang bersetuju bahawa maksud kejayaan itu adalah subjektif. Sebagai ibubapa, kita lah yang menetapkan garis ukur kejayaan untuk anak kita. Apakah erti kejayaan untuk anak anda? Saya tidak mempunyai anak lagi,insyaallah rezkinya kemudian tapi kejayaan bagi ayah saya untuk anak-anaknya bukan dari sudut cemerlangnya akademik tetapi paling penting anak-anaknya menjadi soleh solehah.. Ada orang menilai kejayaan anak dari sudut pencapaian akademiknya. Ada juga yang meletakkan anak itu berjaya bila ia berjaya mengumpul harta yang banyak, ada kereta besar dan ada rumah besar. Mengapa erti kejayaan ini sangat penting? Apabila kita rasakan bahawa kecemerlangan akademik adalah kejayaan buat anak kita, maka kita akan tumpukan usaha pada akademiknya. Hantar ke sekolah yang bagus. Hantar ke kelas tuisyen dsb. Apabila kita meletakkan kejayaan itu pada harta, maka kita akan usahakan supaya anak kita untuk mempunyai pendapatan tetap, ada kerjaya yang baik, ada ijazah keleas pertama...

menjaga adik-adik ketika ibu ayah ke luar negara..pentingnya komunikasi...

Antara artikel-artikel "Pentingnya Komunikasi dengan Anak-anak" ALHAMDULILLAH mempunyai ibu ayah yang memahami jiwa anak remajanya dan anak-anak kecilnya..lepas baca artikel-artikel dibawah baru ku faham berbeza-berbeza cara komunikasi dengan anak-anak yang berlainan usia. Alam remaja merupakan suatu proses perkembangan fizikal yang dilalui oleh setiap manusia dan proses perkembangan ini mengalami perubahan-perubahan yang membawa pengaruh besar terhadap perkembangan fizik, mental dan juga sosial. Oleh sebab itu, ibu bapa seharusnya memberikan perhatian dan bimbingan yang lebih optimal kepada anak remaja. Remaja dan permasalahanya memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini menjadi bertambah rumit bagi sesetengah ibu bapa kerana sukar untuk memahami dan berkomunikasi dengan anak remaja mereka. Kebanyakan ibu bapa merasakan mereka sudah menjalankan tanggungjawab dan memberikan perhatian yang sewajarnya tetapi bagi remaja itu masih belum cukup. Komunikasi membawa mak...