Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rujukan semua guru

Nota Kaedah

Pengajaran secara kuliah menggariskan beberapa kelebihan. Antaranya ialah cara ini berkesan untuk mendapatkan maklumat. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang bsear dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan secara langsung. Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi antara pendidik atau guru dengan murid terhad. Pengajaran cara ini tidak menggalakkan murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kulih biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan mudah dilupai atau tidak d...

Belajar cara belajar

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka. Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa cadangan dan idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:  Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru.  Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid  Membimbing guru mengenal pasti...