Catatan

sorry ibu ayah

da lama aku tak update blog ni..kerana kesibukan ku sebagai seorang pengurus rumah tangga,kerja xde lagi...wa..wa bilela aku dapat kerje ni... baru-baru ni aku kehilangan satu pemberian dari ibu ayah,tak perlulah aku cerita ape bendenya,cume aku nak mintak maaf sangat kat ibu ayah sebab cuai sehingga hilang barang tersebut...memang aku tak sedar macamana boleh hilang,mungkin masa main badmintan dengan suami dilaman rumah. Puas aku cari tapi tak jumpa-jumpa sedih sangat sebab hadiah aku dapat tawaran masuk university dah dekat 4tahun aku pakai. Mungkin ade hikmah,kafarah dosa hambamu ini...ya allah ampunilah dosaku...

Adikku kena ragut...?

Hari ini aku dan hubby tidur rumah ibu, setiba di Shah Alam, kami terus pergi mengajar. Suami di Masjid Negeri kelas al-quran dan aku pula di seksyen 10 mengajar quran anak-anak quarters masjid ini. Selepas pulang dari kerja aku pandu ke masjid mengambil suami, dari masjid suami pula pandu ke rumah ibu. Malam ini kami tidur rumah ibu, ibu dan ayah di Jordan jadi kami perlu prihatin terhadap adik-adik. Ketika di rumah, kami adik-beradik, juga suami turut serta bibik Su, berbual. Tiba-tiba adikku aufa mencelah : Aufa: hari ini aufa menangis.. Tanyaku kenapa? adik-adik lain ketawa sambil berkata aufa kena ragut ... aku pelik kenapa adik-adikku dan bibik Su ketawa panjang.. Muhammad:esok kak long (aku) ngan abang long pergilah SRAI jumpa peragut itu yer.. Abang long : ok ! Kak long: tapi macamana kena ragut tu Aufa..? Aufa pun menceritakan segala-galanya..... Katanya ketika menunggu bas untuk pulang dari sekolah, Aufa keluarkan bungkusan gula-gula 20sen, tiba-tiba ada seorang budak lel...

sannah helwa adikku

Imej
khas buat adikku aishah binti othman ,sanah helwa ke20,semoga berbahgia menyambut bersama suami pertama kalinya.... hehe :P

buat ibu tercinta

Imej

Selamat hari Ibu

Matahari bersinar bulan bercahaya Itulah tandanya Allah berkuasa Bilang dari satu baca ramai-ramai Ikut cakap cikgu nanti lekas pandai Indung-indung kepala lindung Anak siapa pakai kerudung Mata melirik bukan kepalang Jadilah ia anak yang disanjung لا حول ولا قوة Anak siapa seperti buta Tidak sembahyang tidak puasa Di dalam kubur mendapat seksa _________________________ INILAH LAGU IBU YANG SELALU NYANYIKAN KEPADA KAMI ANAK-ANAKNYA.. SUARA IBU 'SUNGGUH SEDAP' SEKALI JASAMU TIDAK DAPAT DIBAYAR DENGAN WANG RINGGIT I LOVE U IBU.. WALAUPUN KALI INI TIDAK DAPAT MERAIKAN HARI IBU BERSAMA KERANA TIADA DI MALAYSIA, KAMI DI SINI SENTIASA MENGINGATIMU... WE LOVE U AND MISS U..

my hubby

Imej
" T erima kasih sayang,bekerja mencari nafkah siang malam...ayang kat rumah sorang-sorang,boring..abang...cepat pulang".... Setiap pagi lepas subuh bertolak ke Darul Quran tasmi' kelas diploma,balik rumah rehat sekejap,makan tengahari,lepas zuhur kerja lagi,kafa di Rawang Batu 16,ptg balik kerja baru berehat itupun malam kena kerja lagi,kesian suami ku,setiap malam, hari selasa,jumaat mengajar pula di masjid negeri shah alam,kelas al-quran lanjutan..selain dari malam hari tersebut mengajar tuisyen di SAMER,Rawang.. Ayang bertuah dapat jadi isteri abang yang sungguh bertanggungjawab mencari nafkah..terima kasih sayang..

buat adik-adikku..

Aku anak sulung dari tujuh beradik..setiap seorang masing-masing ade ragamnye,hehe..aku tulis ini khas buat adik-adikku supaya mereka dapat ingat semula hal mereka masa kecil-kecil dahulu apabila dewasa kelak. Adik kedua ku ibarat kawan karib ku,mana pergi kami berdua,tapi yelah kadang-kadang macam anjing dan kucing gak..haha..dulu kita selalu berdua,dari kecil,sekolah hingga university,sekarang jarang sekali bertemu ,masing-masing dengan keluarga sendiri.. :) sekarang da jadi bini orang dulu main gunting,gunting baju sekolah sendiri hahaha.. :P Adik ketiga lawaknyer masa kecil ketika mula belajar mengeja sepanjang perjalanan nampak kereta je baca nombor flat,lepas tu ibu suruh eja limau,dia eja li,ma,u= lima+u,touch n go jadi touch ngo,huhu..ade-ade je cerita..sekarang sibuk bersiap sedia akan masuk university,nakal-nakal tapi pandai..selalu wakil sekolah lawan debat bahasa arab,syarahan bahasa arab,berani betul adik ku sorang ni,kakak-kakaknyer sume penakut..huhu..tak pelah ad...