Catatan
BOTOL SUSU BAYI YANG BAIK?
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
SUMBER: http://hananmuhamad.blogspot.com/2011/03/jom-kenali-jenis-botol-susu-anak-anda.html JOM KENALI JENIS BOTOL SUSU ANAK ANDA!!!! Baru-baru ni kita di hebohkan dengan pengharaman botol susu ni...takut aku dengaq...walaupun agak terlambat coz berita tu dh byk hari dah tapi xpa aku tetap nk share gak info yg aku search kat tenet ni...harap2 ada manfaatnya ntuk pembaca n3 aku ni...kat sini ada petikan berita tentang isu ni... PASTINYA ramai yang tertanya-tanya mengapa Kementerian Kesihatan harus menunggu sehingga 2012 untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA), sekiranya ia didapati berbahaya. Apabila diketahui kesan buruk BPA terhadap sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak, maka apa yang perlu dilakukan Kementerian Kesihatan ialah mengharamkannya terus, bukan saja penjualannya malah penggunaannya dengan serta-merta. Jika botol susu jenis itu masih dibenarkan dijual di pasaran, bermakna kita seolah-olah membiarkan BPA ...
bahaya botol susu BPA
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BPA ubah lelaki jadi wanita Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA saphilla.isa@kosmo.com KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara. Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon. Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik. “Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol. “Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh. “Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan ...
SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga. Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman. Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kaji...