kini cuti sekolah

Aktiviti ketika cuti, kononnyer nak ke Melbourne sekeluarga,terpaksa cancel sebab adikku aishah kini sarat mengandung,kata buya kite cancel pergi Australia insyaAllah kita pergi lepas baby adik " keluar" kite gi dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga kami...i.allah.


Jadi sepanjang cuti ini kami buat tentatif sendiri memandangkan suamiku masih berkursus sepanjang cuti kecuali ahad dan aku juga kursus sabtu ahad.Terpaksalah bersabar,akur dengan kursus i.allah lepas abes semua kursus kami berhasrat untuk melancong...


MY TENTATIF..
Minggu pertama duduk rumah ibu,seronok bukan kepalang bukan senang lepas kawin berkerja pula untuk isi masa dengan keluarga.Kebetulan ibu ayah juga ada minggu ini,cuti mereka dari bumi anbiya' jordan sehingga 29hb 11 ini,,hope aku dapat mengisi masa dengan keluarga.Suami ku kursus,nasib baik maktab bagi ulang alik kalau tak rindula aku kat suamiku yang disayangi.
Minggu kedua pula,maybe aku nak duduk Bangi umah maklong aku bawa adik-adik sekali untuk temankan aku,kebetulan tempat kursus suamiku depan rumah maklong saje.
Minggu ketiga dan keempat maybe seminggu rumah mak mertua seminggu rumah aku di Bandar Baru Salak Tinggi.Bolehlah aku berkhidmat untuk keluarga mertua ku terutama mak yang sakit di kampung.



OPSS...lupelak aktiviti lain aku sepanjang cuti sempat lagi la aku booking keta idamanku Alza,sebab aku memilih Alza kerana keperluanku untuk pergi kerja dan balik sekolah,harga bolehla lebih kurang harga kereta,agaknye inilah mpv yang paling murah.Ini sahaja kemampuanku dan aku sungguh bersyukur juga puas hati kerana bergantung atas usaha sendiri dan bolehlah menampung diri membantu suami yang kini berjuang untuk masa depan kami..Biasalah kita mula dari bawah nanti kemudian barulah bersenang-senang kan...bak kata "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

apa itu Kelab Setia?

Siapa Syeikh Muhammad Jibril dan siapa Syeikhul Maqari' Haji Othman b Hamzah???