14/4/2015 with urwah

URWAH
14/4/2015
 HARI INI TEMUJANJI URWAH DI HTAR..
Ummi dan walid minta izin dengan pentadbir sekolah untuk keluar untuk menghantar urwah ke HTAR temujanji dengan doktor .Urwah selalu cakap sakit.Ummi Walid risau sangat sebab ade benda putih dalam luka gigi urwah,ummi sangka nanah..rupanya bukan ade baki makanan termasuk dalam luka tu.Doktor pakar cek urwah guna alat ...urwah menjerit..kesian anak ummi...biru bila menangis.Doktor cakap luka gigi 'Urwah ade dua tempat belum baik lagi..doktor suggest bagi ubat kumur dekat urwah..

      Ummi dan walid disuruh jumpa pakar kanak-kanak2 di tingkat 1 pula..menunggu giliran yang lama sungguh...akhirnya dapat jumpa doktor.Doktor bangsa cina kata tiada apa-apa komplikasi pada jantung urwah kerana pembedahan gigi itu.Doktor bagi slip  ubat untuk ambil ubat antibiotik.

       Ditempat mengambil ubat.Suasana farmasi sekali lagi mengambil giliran...menunggu giliran...ambil ubat...then ummi, urwah  dan walid dah boleh balik...tepat 4.30..Dalam perjalanan IJN call ada satu slot hari isnin ni operate..ibu setuju ke untuk pembedahan 'Urwah?..Ummi setuju ummi nak urwah sihat macam anak-anak lain.Ummi dan Walid senyap sahaja dalam perjalanan.Ummi tahu walid macam ummi sedih risau pada urwah yang disayangi.

        Ambil adik-adik 'Urwah Ulwan dan Umair yang disayangi di rumah pengasuh...pukul 5 lebih...Alhamdulillah dapat pengasuh yang memahami.

       Esok ummi nak dicerap oleh ketua bidang ..malam ni ummi kena prepare...walaupon kepenatan...Allah sahaja yang Maha Mengetahui.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

apa itu Kelab Setia?

Siapa Syeikh Muhammad Jibril dan siapa Syeikhul Maqari' Haji Othman b Hamzah???