apa itu Kelab Setia?



laman web kelab setia


KELAB SETIA
LATAR BELAKANG
• Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.
• Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.


KETERANGAN LOGO
• Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.
• Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
• Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka. Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.
• Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.
• Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.

PEGERTIAN WARNA
• Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonian
• Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar
• Kuning : Cinta dan setia kepada raja dan negara
• Putih : Keikhlasan dan ketulusan

VISI
generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.
MISI

Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.
KONSEP

Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).
MOTO
"Penggerak Generasi Terbilang"

OBJEKTIF
a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.
b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.
d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.
e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

AKTIVITI
1. Majlis interaksi sesama ahli
2. Majlis taklimat/ceramah
3. Lawatan Sambil Belajar
4. Ekspedisi
5. Khemah Kerja
6. Kerja Sosial
7. Kursus Sivik
8. Bengkel / Seminar
9. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
10. Menyertai majlis kerajan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
11. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedah

PRINSIP ENAM SETIA (6S)

Prinsip Enam Setia atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :
a. Setia Murni

Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
b. Setia Diri

Meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani
dan intelektual.
c. Setia Keluarga

Menanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.
d. Setia Sekolah

Membentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan
kecermelangan akademik.
e. Setia Bangsa

Meningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
f. Setia Negara

Prinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai
Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.


Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

feqh muamalat