Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Karnival Halal Haram di Masjid Negeri HARI INI !!!

Selamat datang ke karnival halal haram di masjid negeri.bermula hari ini...sampai bila??? datang dulu baru tahu...byk jualan barangan halal haram...mari kita memartabatkan ekonomi umat islam.... pst: mlm ni ada ceramah...jom dgr ceramah sambil shopping.

Kembali belajar..

Sudah 2tahun meninggalkan alam belajar,kini kembali belajar kembali dengan status seorang isteri dan bakal ibu.Kembali bersama dengan adikku Aishah juga meneruskan pengajian DPLI,anjuran Jais,kerjasama UPSI. طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة طلب العلم من المهد إلى الهد

Persediaan menyambut permata hati.

Imej
Antara barang-barang baby yang telah disediakan.Mama dan Walid sangat teruja menyediakan barangan baby :).Khas buat baby dari mama dan walid..

di klinik an-nur,seksyen6 shah alam

Untuk anak mama yang disayangi.Semalam mama pergi check di klinik an-nur,shah alam seperti biasa setiap bulan sekali. Sampai-sampai doktor tak ade lagi.Mama dan walid pulang dulu lepas solat asar kami datang semula. Lepas asar-Mama kena check air kencing,dan tekanan darah oleh nurse seperti biasa,sebelum jumpa doktor. Di bilik doktor-Mama disuruh baring atas katil,doktor nak check degupan jantung baby.Baby da 6 bulan lebih.Ya Allah,subhanallah keajaiban tuhan,mama dan walid dengar jelas jantung baby,Alhamdulillah baby sihat kata doktor.Cuma mama kena marah dengan doktor sebab mama kurang darah.Doktor inject mama untuk mengelak kancing gigi.Doktor kata kena 2 kali inject,1 lagi bulan depan..takutnya mama. Balik rumah mama kesakitan dibahu kena inject satu hari mama tidur,masih terasa jarum dan ubat tu masuk.Mama teringat pada ibu(jaddah) dan mak(nenek) yang banyak berkorban untuk anak-anaknya. Hari ini mama sihat.Mama sempat menulis untuk baby mama sayang.Eso

jom pergi haji dengan mengumpul dinar....

Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung..... Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar (kredit) Mari start beli dan kumpul dinar emas public gold....hubungi pengedar sah dengan khidmat nasihat agama oleh US.OTHMAN B HAMZAH (bekas imam besar masjid negeri selangor) 012-6669362 layari http://syeikhulmaqari.blogspot.com...JOM pergi haji...saya berazam nak pergi haji.

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

Imej
di rumah mertua... secret recipe dr ayg buat abg cyg Happy Birthday yg ke 27 buat suamiku...semoga panjang umur murah rezeki,semoga menjadi hamba yang soleh suami yang penyayang bakal bapa yang bertanggungjawab..Terima kasih buat mak mertuaku melahirkan suamiku,BERSYUKUR ku mengenalimu sayang... TO THE ONE I LOVE, I'M GLAD THAT YOU'RE IN MY LIFE, TO SHARE MY DREAMS, TO LISTEN TO MY MURMUNING, TO MAKE ME LAUGHT, TO LET ME CRY, BUT BEST OF ALL IS JUST KNOWING YOU LOVE ME AS I AM THE SAME WAY I LOVE YOU happy birhtday to you ..MUAHHH (this from me),and MUAHH (this from baby)..

Pengumuman buat ibu bapa atau bakal ibu dan bapa..

Jualan Gudang Barangan Bayi Jenama My Dear, di 34,Jalan Meranti Jaya 10,Meranti Jaya Industrial Park,42120,Puchong,Selangor Darul Ehsan. Pada 28 OKTOBER hingga 7 NOVEMBER 2010. psst:.get ready duit byk2,jom shopping hehe... :)...i nak beli brg for my first baby insyaallah akan lahir Jan 2011.

my baby...

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim. Masuk minggu ke-2 , blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium. Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung. Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru

Alhamdulillah syukur nikmat...

Kini pelaburan emas ku makin meningkat harga dulu untuk 20gram Rm2923, kini tak sampai dua minggu 20gram bar emas public gold mencecah rm2983.Nasib baik aku beli awal-awal.Harga emas selalu naik turun,kalau turun turun sikit kalau naik,naik banyak.Emas ini pelaburan jangka panjang jadi simpanlah dan melaburlah...Kalau pengalaman melabur saya ,saya dah dapat 2jongkong 20gram dan 1syiling dinar emas harganya ikutlah harga emas semasa antarabangsa dalam hanya 1minggu lebih... Nak tahu cara melabur dapat wang segera,halal jangan risau bolehlah hubungi pengedar sah public gold Syeikhul Maqari' Haji Othman B Hamzah(Bekas Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam)012-6669362 http://emas-amsyiq.blogspot.com/http://syeikhulmaqari.blogspot.com

Pelaburan Emas Jongkong

Harap-harap dengan pelaburan ini makin berganda-ganda pulanganya, kaya itu dituntut agama sehingga supaya tiada orang islam yang miskin untuk guna zakat .Tunggu je mase sesuai nak jual atau beli atau pergi ar-rahnu.Kalau emas turun beli banyak-banyak.Bila harga emas naik jual.Pelaburan ini halal, sebab masa akad beli barang tu ada tak macam saham atau bon,cash and carry,simpan@,kumpul@beli@jual@ rahnu.Apa -apa yang penting pelaburan yang halal,hati2 jangan tertipu..saya suggest sape berminat melabur bolehlah hubungi pengedar sah public gold di pejabat kedai nya di amsyiq,pangsapuri bistari,sek 16,malah kita dapat khidmat nasihat agama tentang pelaburan ini oleh Syeikhul Maqari' Haji Othman B Hamzah.Hubungi beliau jika berminat 0126669362 layari laman web http://syeikhulmaqari.blogspot.com/ .. JEMPUT HADIR ESOK DI AMSYIQ PANGSAPURI BISTARI SEKSYEN16,SHAH ALAM ada mengadakan SEMINAR MUSLIM KAYA pada RABU esok waktu MALAM,,FREE JEMPUT RAMAI-RAMAI...hubungi 0126669362 untuk maklum

Hari nak masak keledek masak lemak

Imej

Kenapa wanita lebih banyak menangis?

Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh. Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun. Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein. Menangis dapat meringan

Ketumbit Mata (Chalazion)

Apakah Ketumbit (Chalazion)? Ianya sejenis pertumbuhan in kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak. Kenapa seseorang sering mengalami ketumbit? Ini biasa disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelimumur di kelopak mata Bagaimana keadaan ini dirawati? 25% hilang dengan sendirinya. Kerana ketumbit berasal di bawah kulit, mengunakan ubat titis sahaja, kadang-kadang tidak akan merawat ketumbit dengan sepenuhnya. Cubalah ini: Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (janganlah terlalu panas supaya tidak membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu. Urutkannya dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Ini boleh dilakukan empat kali sehari. sumber http://pakarmata.com

bahaya facebook..

(Sila klik) facebook milik israel

Produk-produk yang diharamkan

47 produk mempunyai bahan beracun disenarai hitamkan .

Siapa Syeikh Muhammad Jibril dan siapa Syeikhul Maqari' Haji Othman b Hamzah???

Imej
Kenangan di malam raya bersama keluarga imam terkenal As-syeikh Muhammad Jibril(berkemeja coklat)sungguh sedap bacaan Al-Quran oleh beliau . Malah di Malaysia juga ada Syeikhul Maqari' Haji Othman B Hamzah (berjubah putih).Syeikhul Maqari' gelaran yang dianugerah oleh Sultan Selangor pada tahun 1991.Syeikhul Maqari' ialah gelaran tertinggi bagi orang yang menghafaz al-quran,faham,hafaz,tahu segala ilmu dan hukum hakam di dalam Al-Quran.

adakah sepatutnya atau tidak sepatutnya

IBU AYAH membesarkan kami,dia lebih makan garam dari orang lain,ibu ayah mempunyai 7 orang anak setiap anak mempunyai ragam,perangai berbeza-beza.Ibu ayah memang tabah,sabar dengan kami.. Mungkin masa kecil kami nakal Mungkin masa remaja kami memberontak Mungkin ORANG nampak kami tidak berguna Mungkin ORANG nampak kami tiada masa hadapan Sebenarnya mereka tiada hak mengata cara ibu ayah didik kami kerana didikan ibu ayah akhirnya berjaya juga kami mengharungi dugaan dan cabaran alam remaja Terima kasih ibu ayah .. Selamat ulang tahun perkahwinan ke23 pada 10 syawal lepas dari kami anak-anak mu..Alhamdulillah kami semua dapat meraikan bersama-sama.

Kahwin muda atau kahwin lambat??

TOPIK HANGAT INI PASTI SEMUA ORANG ADA PANDANGAN MASING-MASING... Ada yang setuju kahwin muda ada juga yang tidak setuju..Pada pendapat saya muda mudi zaman sekarang lebih banyak dugaan dan cabarannya jadi saya sangat setuju jika perkahwinan sewaktu muda atau erti kata lain kahwin awal. Antara hikmah perkahwinan awal ialah: 1-MENGHALANG DARI BERLAKU MAKSIAT..bukan sahaja maksiat yang bermaksud berzina hubungan kelamin,malah hubungan yang terjalin tanpa sebarang ikatan lagi-lagi tiada tujuan nikah lebih mengundang pada zina mata,zina tangan,zina hati,zina otak,zina zahiriah dan zina batiniah. 2-MENGHALANG DARI BERLAKUNYA SIFAT KEJAM MEMBUANG BAYI..kerana keterlanjuran ma'nusia yang ada akal seperti haiwan yang tiada akal membuang bayi sama ada hidup atau mati adalah sesuatu yang sangat kejam.Mungkin didunia anda lepas diakhirat sana tidak mungkin terlepas.Bertaubatlah. 3-LAHIRNYA ANAK LUAR NIKAH amatlah aib pada pandangan masyarakat kita.Sangat kasihan pada nasib anak yang tidak ber

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010..Maaf zahir dan batin.

Imej
Kenangan bersama keluarga Imam Jibrail..syeikh jibrail yang di kenali ramai. bersalaman di hari raya..jalok ngapura seng akeh-akeh abg...tu je bahasa jawa yang ayg tahu..huhu.. ni gambar Aishah sekeluarga...anak dia yg hensem lagi comel.. dulu raya berdua kini bertiga....my baby la dalam perut tu... Sekeluarga,Aishah sekeluarga je belum sampai masih dalam perjalanan Ayah,tok wan dan ibu. Alhamdulillah,kali ini giliran beraya sebelah ibu ayahku,tahun lepas beraya di sebelah mak abah mertuaku...lumrah hidup orang bekeluarga.. Pagi hingga petang sehari sebelum raya,di rumah mertua,membantu apa yang patut,yang perempuan biasanya di dapur.. Malam sebelum raya,kami berkumpul di rumah nenek,tok wan gelarannya,nenek sebelah ibu,1st time raya di rumah wan dr malam sampai hr raya...selalu raya di rumah kediaman imam besar,setiap tahun abuya ibu mesti buat open house,mase ayah jadi imam disana,tiap kali mesti petang baru g jalan raya umah nenek buya(ketika masih hidup) dan nenek ibu..sebab

Alfu mabruk Amal & R********...

Imej
Selamat bertunang adik ku dan bakal adik ipar,semoga berkekalan,berbahgia dunia akhirat,jaga hubungan,dalam hubungan pertunangan banyak dugaan dan cabaran..cepat2 kahwin ye...hehe.. :)

My hubby belanja berbuka di Hotel Impian.

Imej
28 Ramadhan 2010 ,kenyang betul alhamdulillah...terima kasih abg.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Imej

Berkursus di Hotel Carlton Shah Alam

25hb8. Terima kasih abg hantar ke hotel dan teman ayang berkursus. 26hb8 AISHAH OTHMAN my best friend for ever juga berada di kursus yang sama..pengetahuan dan pengalaman yang sungguh bermanfaat INSHAALLAH akan diamalkan.... 27hb8 KURSUS TAMAT tambah sijil lagi..yepi boleh balik... (gambar inshaallah diupdate kemudian)
antar a info yg dicopy...sumber dari mana tak ingatlah pulak. Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda. • Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin. • Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis. • Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga p

1st time mengandung till 4 month

khas untuk my baby... ibu,mama,umi..mana satu ye nak panggil diri ini?.. Anak sulungku,kini empat bulan sudah mengandungkan mu..tak sabar rasanya nak lihat wajah baby lahir..macammana lah rupe baby ummi??.. Hasil kasih sayang dengan izin ALLAH ummi disahkan mengandung, klinik pertama tak nmpak apa 2 lagi dr klinik sariah nilai kata mungkin ada mungkin tidak..ummi sedih..sedangkan pregnancy test da ada 2 garisan maknanya hamil.. Kali kedua ummi cek doktor diklinik an-nur alhamdulillah doktor kata sudah enam minggu.Alhamdulillah.Doktor bagi ummi ubat,pil asid folic elok untuk pembesaran baby,pil calsium ummi kena makan sebab selalu kena cramp bahagian betis dan vitamin b compleks pon elok untuk ummi dan baby..selalunya ummi tak suke makan ubat,demam pon tak sanggup makan ubat..tapi demi kasih sayang ummi pada baby, ummi telan juga pil-pil itu setiap hari. Setiap bulan ummi cek di klinik annur shah alam.Kali pertama ummi dapat lihat baby,ketika kandungan 3 bulan..ketika scan,baby dah ade

hijrah di tempat baru

Rumah baru mmm..okey luas,selesa alhamdulillah.sewa pon murah.dkt tempat kerje,5 minit ke sekolah samuksd.Nak ke rumah mak abah tanjung sepat dekat.Rumah ibu ayah shah alam pon tak perlu tol.dr rumah abg syg gi keje pon dekat,jimat minyak. Sekolah baru ok,suasana baru,1st time tengok pelajar gi sekolah naik basikal..yela kat s.alam mana la ade..pelajar amat hormat guru..guru-guru pula peramah...well it's verry zuhud place but selesa.. *add gambar bile ade mase.. nukilan khas buat family jerrr...

berpindah tempat kerja dari sambbst sepang ke samuskd banting

Imej
kenangan lalu tidak akan dilupakan...post ini khas buat anak murid ku 1 ehsan 2010 sambbst diatas permintaan kalian... ustazah harap dan doakan teruskan usaha semoga berjaya...berjaya duniawi dan ukhrawi...jangan lupe sediakan hadiah untuk ustazah bln 1 baby ustazah lahir..huhu...

2 line ...hehe

SYUKUR ALHAMDULILLAH HAMIL... 24HB5 jumpe doktor di klinik sariah,nilai scan memang pregnant tapi xnmpak lagi... 26HB5 jumpe doktor lagi di klinik an-nur shah alam,scan nampak sikit... :) dr kate da 6 minggu,hehe..macam tak percaya tak sabar nak baby keluar.Pengalaman pertama setelah menanti selama satu setengah tahun,alhamdulillah anak anugerah ilahi. Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk mem

tahniah abuya...

Imej
Ketibaan tetamu dan doktor Antara pensyarah pensyarah Ibu yang sentiasa berada disisi abuya susah dan senang Apa la agaknya DOKTOR bercakap dengan buya,kata -kata pesanan kot Mahasiswa dan siswi mu'tah university turut hadik menyaksikan hari munaqashah abuya. Ucapan terima kasih buat kawan2 yang selalu membantu ibuku disana K eputusan abuya meletakkan jawatannya sebagai imam besar negeri selangor KERANA KECINTAAN BELIAU TERHADAP ILMU,sungguh mengejutkan kami sekeluarga,berdakwah di malaysia ini banyak dugaan ada yang bersetuju ada juga yang tidak bersetuju..Rupanya ini hikmahnya selepas bermacam-macam dugaan.Tahniah abuya dapat menghabiskan masternya di universiti yang bukan mudah ,universiti yang agak syadid university mu'tah di jordan,alhamdulillah abuya dapat menghabiskan master dalam 2 tahun setengah.KAMI SEMUA AMAT BERBANGGA DENGAN ABUYA...

feqh muamalat

Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan Anda Pengenalan Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan Anda Pengenalan Dokumen ini mengandungi glosari istilah Mu’amalat yang paling kerap dan biasa digunakan dalam perniagan perbankan Islam.. Bai' Urbun Bai’ Bithaman 'Ajil Bai’ Murabahah Bai’ Inah Bai’ Dayn Bai’ Istijrar Bai’ Istisna’ Bai’ Muzayadah Bai’ Salam Bai’ Wafa’ Batil Darurah Dhamanah Fasid Fatwa Gharar Ghish Hadith Halal Haram Haq Maliy Hibah Hiwalah Ibra’ Ijarah Ijarah Thumma Bai’ Ijtihad Syirkah ‘Inan Jahl Jua’lah Kafalah Khiyanah Maisir Mal Muamalat Mudarib Mudharabah Muqasah Musaqah Musawamah Musharakah Musharakah Mutanaqisah Muzara’ah Qabadh Qardh Qardh Hasan Quran Rabbul Mal Rahnu Riba Sadaqah Sarf Shariah Suftajah Sukuk Sunnah Ta’widh Tadlis al-‘aib Takaful Tanajush Tawarruq Ujrah ‘Uqud Ishtirak ‘Uqud Mua’wadat ‘Uqud Tabarru’at Usul Fiqh Wadī’ah Wakalah Waqf Zakat Istilah Makna Bai’ Urbun بيع العربون Suatu perja