Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

sorry ibu ayah

da lama aku tak update blog ni..kerana kesibukan ku sebagai seorang pengurus rumah tangga,kerja xde lagi...wa..wa bilela aku dapat kerje ni...
baru-baru ni aku kehilangan satu pemberian dari ibu ayah,tak perlulah aku cerita ape bendenya,cume aku nak mintak maaf sangat kat ibu ayah sebab cuai sehingga hilang barang tersebut...memang aku tak sedar macamana boleh hilang,mungkin masa main badmintan dengan suami dilaman rumah.
Puas aku cari tapi tak jumpa-jumpa sedih sangat sebab hadiah aku dapat tawaran masuk university dah dekat 4tahun aku pakai.
Mungkin ade hikmah,kafarah dosa hambamu ini...ya allah ampunilah dosaku...

Adikku kena ragut...?

Hari ini aku dan hubby tidur rumah ibu, setiba di Shah Alam, kami terus pergi mengajar. Suami di Masjid Negeri kelas al-quran dan aku pula di seksyen 10 mengajar quran anak-anak quarters masjid ini. Selepas pulang dari kerja aku pandu ke masjid mengambil suami, dari masjid suami pula pandu ke rumah ibu. Malam ini kami tidur rumah ibu, ibu dan ayah di Jordan jadi kami perlu prihatin terhadap adik-adik. Ketika di rumah, kami adik-beradik, juga suami turut serta bibik Su, berbual. Tiba-tiba adikku aufa mencelah : Aufa: hari ini aufa menangis.. Tanyaku kenapa? adik-adik lain ketawa sambil berkata aufa kena ragut... aku pelik kenapa adik-adikku dan bibik Su ketawa panjang.. Muhammad:esok kak long (aku) ngan abang long pergilah SRAI jumpa peragut itu yer.. Abang long : ok ! Kak long: tapi macamana kena ragut tu Aufa..? Aufa pun menceritakan segala-galanya..... Katanya ketika menunggu bas untuk pulang dari sekolah, Aufa keluarkan bungkusan gula-gula 20sen, tiba-tiba ada seorang budak lelaki meramp…

sannah helwa adikku

Imej
khas buat adikku aishah binti othman ,sanah helwa ke20,semoga berbahgia menyambut bersama suami pertama kalinya.... hehe :P

buat ibu tercinta

Imej

Selamat hari Ibu

Matahari bersinar bulan bercahaya
Itulah tandanya Allah berkuasa

Bilang dari satu baca ramai-ramai
Ikut cakap cikgu nanti lekas pandai

Indung-indung kepala lindung
Anak siapa pakai kerudung
Mata melirik bukan kepalang
Jadilah ia anak yang disanjung

لا حول ولا قوة
Anak siapa seperti buta
Tidak sembahyang tidak puasa
Di dalam kubur mendapat seksa
_________________________

INILAH LAGU IBU YANG SELALU NYANYIKAN KEPADA KAMI ANAK-ANAKNYA..
SUARA IBU 'SUNGGUH SEDAP' SEKALI
JASAMU TIDAK DAPAT DIBAYAR DENGAN WANG RINGGIT
I LOVE U IBU.. WALAUPUN KALI INI TIDAK DAPAT MERAIKAN HARI IBU BERSAMA KERANA TIADA DI MALAYSIA, KAMI DI SINI SENTIASA MENGINGATIMU...

WE LOVE U AND MISS U..

my hubby

Imej
" Terima kasih sayang,bekerja mencari nafkah siang malam...ayang kat rumah sorang-sorang,boring..abang...cepat pulang"....
Setiap pagi lepas subuh bertolak ke Darul Quran tasmi' kelas diploma,balik rumah rehat sekejap,makan tengahari,lepas zuhur kerja lagi,kafa di Rawang Batu 16,ptg balik kerja baru berehat itupun malam kena kerja lagi,kesian suami ku,setiap malam, hari selasa,jumaat mengajar pula di masjid negeri shah alam,kelas al-quran lanjutan..selain dari malam hari tersebut mengajar tuisyen di SAMER,Rawang..
Ayang bertuah dapat jadi isteri abang yang sungguh bertanggungjawab mencari nafkah..terima kasih sayang..

buat adik-adikku..

Aku anak sulung dari tujuh beradik..setiap seorang masing-masing ade ragamnye,hehe..aku tulis ini khas buat adik-adikku supaya mereka dapat ingat semula hal mereka masa kecil-kecil dahulu apabila dewasa kelak.

Adik kedua ku ibarat kawan karib ku,mana pergi kami berdua,tapi yelah kadang-kadang macam anjing dan kucing gak..haha..dulu kita selalu berdua,dari kecil,sekolah hingga university,sekarang jarang sekali bertemu ,masing-masing dengan keluarga sendiri.. :) sekarang da jadi bini orang dulu main gunting,gunting baju sekolah sendiri hahaha.. :P

Adik ketiga lawaknyer masa kecil ketika mula belajar mengeja sepanjang perjalanan nampak kereta je baca nombor flat,lepas tu ibu suruh eja limau,dia eja li,ma,u= lima+u,touch n go jadi touch ngo,huhu..ade-ade je cerita..sekarang sibuk bersiap sedia akan masuk university,nakal-nakal tapi pandai..selalu wakil sekolah lawan debat bahasa arab,syarahan bahasa arab,berani betul adik ku sorang ni,kakak-kakaknyer sume penakut..huhu..tak pelah ade…

kembara musafir..

Imej
Ayahku ketika masa belajar dulu di Al-Azhar University,Shoubra,Mesir,sentiasa ditemani ibuku dari muda hingga kini..semua jiran jelous tengok ayahku dan ibuku selalu pergi mana mesti berkepit,mana ada ayahku mesti ada ibuku sebab ayah sayang ibu kalau ayah ada outstation pun mesti dia nak bawa ibuku..Aku rasa ini semua kerana berkat kahwin muda..(alhamdulillah aku pun kahwin muda)



Banyak pengalaman aku dari kecil sampai kini, bersama keluarga dari mula kami hidup susah almaklumlah anak student ketika kecil dulu..sehinggalah ayahku mendapat surat
rasmi menjadi Imam Besar di Masjid Negeri Selangor hidup kami sekeluarga banyak berubah taklah kaya tapi makin senanglah dari dulu kecil-kecil aku anak student je, biar susah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..Alhamdulillah atas nikmat kurniaanMU.

Selepas beberapa bulan ayahku memegang jawatan Imam Besar pada tahun 1999 kalau tak silap akulah..masa tu aku darjah 5..adik-adikku semua kecil-kecil.Kerajaan Selangor menghantar ayahku berkursus d…

my blog 2008..student life..

http://anamuslimah-asma.blog.friendster.com ni kenangan- kenangan mase student dulu.. :)

3 Mei..hantar ibu ayah pulang ke Jordan

1.37 a.m 5 Mei 2009…Aku terjaga dari lena,mata tidak boleh lelap,jadi aku menulis blog,I love u sayang,sedang nyenyak tidur.Aku juga teringat ibu ayahku di Jordan yang baru sehari sampai di sana,kami menghantar ibu ke airport pada 3 Mei 2009 kerana ayah ingin menghabiskan tesisnya disana.SELAMAT BERJUANG ABUYA,Kami disini mendoakan kejayaan ayah...Kepada ibu,kami mengagumi ibu kerana sentiasa bersama ayah susah dan senang.

3 Mei 2009- Awal 8 pagi kami sudah bertolak ke airport,sayu hati ini berpisah lagi dengan ibu ayah,tapi inilah perjuangan,kami sekeluarga perlu berkorban kerana ayah sanggup meninggalkan kerjayanya kerana kecintaannya pada ilmu.Selamat pergi,selamat pulang ibu ayah.Amin.