Adikku kena ragut...?

Hari ini aku dan hubby tidur rumah ibu, setiba di Shah Alam, kami terus pergi mengajar. Suami di Masjid Negeri kelas al-quran dan aku pula di seksyen 10 mengajar quran anak-anak quarters masjid ini. Selepas pulang dari kerja aku pandu ke masjid mengambil suami, dari masjid suami pula pandu ke rumah ibu.
Malam ini kami tidur rumah ibu, ibu dan ayah di Jordan jadi kami perlu prihatin terhadap adik-adik. Ketika di rumah, kami adik-beradik, juga suami turut serta bibik Su, berbual. Tiba-tiba adikku aufa mencelah :
Aufa: hari ini aufa menangis..
Tanyaku kenapa? adik-adik lain ketawa sambil berkata aufa kena ragut... aku pelik kenapa adik-adikku dan bibik Su ketawa panjang..
Muhammad:esok kak long (aku) ngan abang long pergilah SRAI jumpa peragut itu yer..
Abang long : ok !
Kak long: tapi macamana kena ragut tu Aufa..?
Aufa pun menceritakan segala-galanya..... Katanya ketika menunggu bas untuk pulang dari sekolah, Aufa keluarkan bungkusan gula-gula 20sen, tiba-tiba ada seorang budak lelaki merampas gula-gulanya itu dan terus makan...! Laa..
Kami ketawa besar malam itu mendengar al-kisah Aufa..
Tapi dalam masa yang sama aku agak risau dengan adikku itu, takut dibuli lagi.. Ya Allah lindungilah adik-adikku.. Aku harap ibu bapa dapat mempastikan anak-anak mereka tidak berkelakuan seperti peragut itu. Kalau dinilai dari sudut usia, sudah tentu kita akan berfikir panjang. Bagaimanakah budak seusia darjah 3 itu boleh membuli Aufa, sedangkan Aufa darjah 4 ? Kalau kecil lagi dah pandai meragut, dah besar ???

Ulasan

Aufa binti Othman berkata…
haha...tk suka citer ni....ee....now dah drjah 6....no one can disturb me again!!!

Catatan popular daripada blog ini

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

apa itu Kelab Setia?

feqh muamalat