kembara musafir..


Ayahku ketika masa belajar dulu di Al-Azhar University,Shoubra,Mesir,sentiasa ditemani ibuku dari muda hingga kini..semua jiran jelous tengok ayahku dan ibuku selalu pergi mana mesti berkepit,mana ada ayahku mesti ada ibuku sebab ayah sayang ibu kalau ayah ada outstation pun mesti dia nak bawa ibuku..Aku rasa ini semua kerana berkat kahwin muda..(alhamdulillah aku pun kahwin muda)




Banyak pengalaman aku dari kecil sampai kini, bersama keluarga dari mula kami hidup susah almaklumlah anak student ketika kecil dulu..sehinggalah ayahku mendapat surat
rasmi menjadi Imam Besar di Masjid Negeri Selangor hidup kami sekeluarga banyak berubah taklah kaya tapi makin senanglah dari dulu kecil-kecil aku anak student je, biar susah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..Alhamdulillah atas nikmat kurniaanMU.

Selepas beberapa bulan ayahku memegang jawatan Imam Besar pada tahun 1999 kalau tak silap akulah..masa tu aku darjah 5..adik-adikku semua kecil-kecil.Kerajaan Selangor menghantar ayahku berkursus di Mesir. Kursus Imam-Imam Antarabangsa. mewakili Malaysia selama 3 bulan.Ayahku menggunakan wang titik peluh sendiri untuk kami sekeluarga turut sama pergi ke Mesir,besar sungguh pengorbanan ayah…Betapa gembiranya aku,ingin kembali ke tempat lahirku,melawat tempat ayahku belajar,menziarahi tempat ayah dan ibu honeymoon…Akhirnya sampailah kami sekeluarga di Mesir,masa tu aku 6 beradik je..kiranya adikku yang bongsu belum lahir lagi..

Tahun 2001,ayahku dihantar sekali lagi oleh kerajaan negeri selangor ke Darul Ifta’,(tempat mengeluarkan para mufti-muti sedunia) ayahku kursus Fatwa selama 3 bulan,mewakili Selangor..Kali ini aku dan adikku yang kedua sahaja pergi ke Mesir..aku dan adikku pergi ayahku support belajar Bahasa Arab di Markaz Nill,Haiyu Sabi’..aku dan adik tinggal di rumah Selangor di Haiyu Asyhir.Kami berdua kena berdikarilah,pergi kelas berdua je setiap hari..ayahku sibuk dengan kursus,ayahku tinggal dengan kawan-kawan sekursus.

Tahun 2004 ayahku datang lagi Mesir, kali ini adik-adikku sahaja yang pergi bersama ibu(adikku yang bongsu turut serta).Ayahku seorang yang cintakan ilmu walaupun sibuk berkerja dia datang ke mesir sekali lagi kerana menambah ijazah lagi..dulu dia ambil qiraat di shoubra kali ini dia ambil syariah pulak terus tahun akhir sebab ada muadalah MADIWA.

Tahun 2006 ayahku bersama delegasi kerajaan negeri Selangor datang menziarahi student ke Mesir dan Syria..Hari delegasi kerajaan Selangor pulang,ayahku sanggup mengambil cuti untuk menziarahi aku dan adikku Aishah,kebetulan ayahku masih banyak cuti yang belum digunakan..Ibuku dan adikku Amal datang dari Malaysia..Kami sekeluarga berjumpa di Jordan….alhamdulillah.


Tahun 2007 bulan 8 , ayahku ni seorang yang rajin bekerja jadi banyaklah cuti dia kumpulkan untuk setahun,dia bawa ibu dan adik-adikku ke Yaman sambil bercuti dia ambil sanad hadis dan feqh dari syeikh terkenal di sana..Kebetulan aku dan adikku cuti semestar di University jadi kami pun terbang dari Jordan ke Yaman..Masa inilah kami sekeluarga memghabiskan cuti dan melepaskan rindu antara kami sekeluarga.



Tahun 2007 juga, pada bulan9..ayahku meletakkan jawatan dari menjadi imam besar kerana cintakan ilmu dia datang ke Jordan untuk mengambil Master..Ibuku dan adik-adikku menyusul kemudian ke Jordan..tahun inilah kami sekeluarga walaupun sedih kena keluar dari rumah banglo kerajaan yang hampir 9 tahun kami sekeluarga tinggal,nasib baik ayahku sudah beli rumahsendiri.Banyak dugaan kami sekeluarga lalui kerana bukan senang nak jadi pendakwah di Malaysia pastilah ada yang setuju begitu juga yang tak setuju.

Walaupun ayahku meletakkan jawatan sebagai imam besar ayahku masih pegawai DG44, sekarang bercuti selama 2tahun setengah untuk mengambil master di Mu’tah University sama tempat aku dan adik belajar.. Langit tak selalu mendung,banyak hikmahnya ayahku meletakkan jawatan Imam Besar,ayahku dapat melanjutkan pelajaran, kami sekeluarga dapat berkumpul sama,dapat bercuti bersama-sama aku rasa ayahku dapat banyak berehat berbanding dia kerja siang malam masa jadi Imam Besar dulu pernah satu ketika ayahku masuk Hospital kerana penyakit lelahnya makin kritikal aku dan adikku masa tu di Jordan,betapa risaunya kami masa tu.Allah sahaja yang Maha Tahu.






Jesteru ketika kami sekeluarga di Jordan kami sekeluarga menjelajahi bumi anbiya’ ini ketika University cuti,kami berjalan-jalan sekitar Jordan,sekitar Turkey yang berhampiran dengan Jordan,kami juga bercuti sekitar Syria ketika perjalanan pulang dari Turkey ke Jordan,kami singah sebentar ke Syria..



Aku bahagia sangat bersama keluarga dan kawan-kawan yang bersama-sama dalam percutian pada tahun 2007 ini..Banyak pengalaman kami dapat,kami pergi mengikuti jalan darat semuanya pengangkutan awam dari bas,ke teksi,kereta api,kami naik ferry,ada juga perjalanan bas naik ferry..seronok walaupun penat.

YA ALLAH AKU BERSYUKUR ATAS NIKMATMU..ALHAMDULILLAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

apa itu Kelab Setia?

feqh muamalat