Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010..Maaf zahir dan batin.

Kenangan bersama keluarga Imam Jibrail..syeikh jibrail yang di kenali ramai.
bersalaman di hari raya..jalok ngapura seng akeh-akeh abg...tu je bahasa jawa yang ayg tahu..huhu..

ni gambar Aishah sekeluarga...anak dia yg hensem lagi comel..


dulu raya berdua kini bertiga....my baby la dalam perut tu...



Sekeluarga,Aishah sekeluarga je belum sampai masih dalam perjalanan




Ayah,tok wan dan ibu.


Alhamdulillah,kali ini giliran beraya sebelah ibu ayahku,tahun lepas beraya di sebelah mak abah mertuaku...lumrah hidup orang bekeluarga..
Pagi hingga petang sehari sebelum raya,di rumah mertua,membantu apa yang patut,yang perempuan biasanya di dapur..

Malam sebelum raya,kami berkumpul di rumah nenek,tok wan gelarannya,nenek sebelah ibu,1st time raya di rumah wan dr malam sampai hr raya...selalu raya di rumah kediaman imam besar,setiap tahun abuya ibu mesti buat open house,mase ayah jadi imam disana,tiap kali mesti petang baru g jalan raya umah nenek buya(ketika masih hidup) dan nenek ibu..sebab ayah bertugas jadi imam khatib raya..kini baru rasa raya sebenar macam orang lain,baru boleh balik raya di kampung puas-puas..lagi2 bersama insan2 yang tersayang..

Seperti insan-insan lain,raya pertama sudah tentu solat raya,bermaaf maafan sesama keluarga.Sejak sudah kerja ni tak merasala den dapat duit raya.Kali ini duit raya disediakan khas buat ibu ,abuya,wan,adik-adik,anak sedare,sepupu dan kanak-kanak.

Raya pertama hingga kedua seronok beraya di kampung wan,ziarah saudara mara sekitar Shah Alam,Klang,Ulu yam,Rasa,Subang...yang paling syok dijodohkan berjumpe face to face Syeikh Jibrail sekeluarga.Seronok dapat berbual dalam bahasa arab,rindu plak zaman belajar dulu..jordan in my memory.

Raya ketiga hingga keempat di rumah mertua,serta beraya saudara mara keluarga mertua.Raya kelima baru balik rumah,ingat nak raya rumah jiran,jiran tak balik beraya lagi..

16hb 9 semalam sibuk kami sekeluarga mengadakan majlis pertunangan Amal(adikku),sebelah petang pula mengadakan open house,ramailah kenalan ibu ayah,saudara mara datang,lauk pauk yang disaji sangat sedap beranika,secara buffet rasa macam makan kat hotel je begini biasanya cara orang di bandar berbeza dengan orang kampung biasa menghidang makanan,yang penting ikhlaskan diri dalam besedekah,bukan menunjuk-nunjuk,paling penting ukhuwah hubungan silaturrahim...

Ya Allah ku syukuri nikmat mu,jauhi kami sekeluarga dari musibah,hasad dengki,fitnah..berikan kami kebahgiaan didunia dan akhirat.

Tiada ulasan: