Jumaat, 29 Oktober 2010

di klinik an-nur,seksyen6 shah alam

Untuk anak mama yang disayangi.Semalam mama pergi check di klinik an-nur,shah alam seperti biasa setiap bulan sekali.
Sampai-sampai doktor tak ade lagi.Mama dan walid pulang dulu lepas solat asar kami datang semula.
Lepas asar-Mama kena check air kencing,dan tekanan darah oleh nurse seperti biasa,sebelum jumpa doktor.
Di bilik doktor-Mama disuruh baring atas katil,doktor nak check degupan jantung baby.Baby da 6 bulan lebih.Ya Allah,subhanallah keajaiban tuhan,mama dan walid dengar jelas jantung baby,Alhamdulillah baby sihat kata doktor.Cuma mama kena marah dengan doktor sebab mama kurang darah.Doktor inject mama untuk mengelak kancing gigi.Doktor kata kena 2 kali inject,1 lagi bulan depan..takutnya mama.
Balik rumah mama kesakitan dibahu kena inject satu hari mama tidur,masih terasa jarum dan ubat tu masuk.Mama teringat pada ibu(jaddah) dan mak(nenek) yang banyak berkorban untuk anak-anaknya.
Hari ini mama sihat.Mama sempat menulis untuk baby mama sayang.Esok mama nak pergi beli barang baby.Mama dan walid tak sabar nak cium-cium baby.Semoga baby jadi insan yang mulia,soleh,taat pada ALLAH,IBU AYAH dan cemerlang DUNIA AKHIRAT.

1 ulasan:

zati berkata...

insyaallah...amin....