cara memanaskan susu perahan

Nk kongsi ilmu pasal cara menguruskan ataupon handling susu perahan pulak hari ni.

Cara menguruskan yg dimaksudkan disini  ialah cara utk memanaskan susu perahan sebelum diberikan kepada baby kita.

Enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu boleh musnah akibat kepanasan dan haba yg melampau. Oleh itu susu perahan yang  telah disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan kehilangan nutrien daripadanya.

1) Cara memanaskan susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk (chiller)

 - Lalukan botol/bekas di bawah aliran pili sebentar.



- Kemudian rendamkan bekas/botol didalam mangkuk yg diisi dengan air panas.
- Dalam anggaran 5 minit, sila pastikan suhu susu didalam botol adalah sesuai utk diminum oleh bayi.
- Susu perahan juga boleh dipanaskan dengan menggunakan warmer electric seperti ini;




2) Cara memanaskan susu perahan yang telah beku (dari freezer).

- Seeloknya dilakukan pada waktu malam untuk kegunaan keesokan harinya. 
- Ambil beberapa botol susu perahan beku yang ingin digunakan.
- Letakkan di bahagian bawah peti sejuk utk membolehkan proses pencairan secara perlahan-lahan.
- Botol-botol susu tersebut boleh juga direndamkan didalam air suhu biasa (dalam bekas yg besar) dan diletakkan dibahagian bawah peti ais utk mempercepatkan proses pencairan susu.
- Keesokan harinya, proses pemanasan seperti langkah 1 boleh digunakan sebelum susu perahan diberi kepada baby.

PERINGATAN!!



Tolong jangan;

- Panaskan susu perahan secara terus di atas dapur. 
- Panaskan susu perahan dalam microwave oven.
- Didihkan susu perahan.

Kerana cara-cara diatas akan merosakkan nutrien dalam susu perahan.
http://mommalydzar.blogspot.com/2011/02/breastfeeding-cara-memanaskan-susu.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SANAH HELWA YA ZAUJI HABIBI..

apa itu Kelab Setia?

feqh muamalat