Rabu, 16 Disember 2009

Buat pelajar2 yang ingin mendalami bahasa arab bolehla rujuk blog ini.http://layarislam-ilmulughah.blogspot.com/.

عَلاَمَاتُ إِعْرَابِ الأَسْمَاءِ
(Ciri-Ciri I’rabnya Isim)
Asmaul Khomsah
اَلأَسْمَاءُ الْخَمْسَةُ
(Isim-Isim Yang Lima)

أَبُوكَ – أَخُوْكَ – حَمُوكَ – فُوْكَ – ذُوْ مَال (Marfu’)

أَبَاكَ – أَخَاكَ – حَمَاكَ – فَاكَ - ذَا مَالٍ (Manshub)

أَبِيْكَ - أَخِيْكَ – حَمِيْكَ – فِيْكَ – ذِيْ مَال (Majrur)

2. Isim Mabni

Isim mabni adalah isim yang keadaan akhirnya tidak mengalami perubahan walaupun diletakkan pada posisi yang berbeza dalam suatu kalimat.

Contoh:

هَذَا جَدِيْدٌ (Ini baru)

قَرَأْتُ هَذَا (Aku membaca ini)

فِي هَذَا قِِصَص (Di dalam ini terdapat kisah-kisah)


Macam-Macam Isim Mabni

1. الضَمِيْرُ

Contoh: أَنْتَ - نَحْنُ - هُوَ

2. اِسْمُ الإِشَارَةِ

Contoh: هَذِهِ - هَؤُلاَءِ - ذَلِكَ

3. اَلاِسْمُ الَمْوْصُوْلُ

Contoh: اَلَّذِي - اَلَّتِي - اَلَّذِيْنَ

4. اِسْمُ الاِسْتِفْهَامِ

Contoh: مَنْ - أيْنَ - كَيْفَ

5. اِسْمُ الشَّرْطِ

Contoh: مَنْ - مَتَى - مَا

Catatan:

1. Dommah merupakan ciri asas isim marfu’, fathah merupakan ciri asas isim manshub, dan kasrh merupakan ciri asas isim majrur.
2. Ada beberapa kelompok isim yang perubahan keadaan akhirnya tidak ditanda dengan perubahan harakat, akan tetapi dengan perubahan huruf.

Contoh:

مُسْلِمُوْنَ (Marfu’)

مُسْلِمِيْنَ (Manshub)

مُسْلِمِيْنَ (Majrur)


اَلاِسْمُ الْمُعْرَبُ وَالاِسْمُ الْمَبْنِيُّ
(Isim Mu’rab dan Isim Mabni)

1. Isim Mu’rab

Isim mu’rab adalah isim yang dapat merubah keadaan akhirnya disebabkan adanya perbezaan tempat (posisi) dalam suatu kalimat.

Contoh:

الْكِتَابُ جَدِيْدٌ (Buku itu baru)

قَرَأْتُ الكِتَاب (Aku membaca buku itu)

فِي الكِتَابِ قِِصَصٌ (Di dalam buku itu terdapat kisah-kisah)

1. Isim Marfu’

Isim marfu’ adalah isim yang biasanya pada keadaan akhirnya ditanda dengan harakat dommah.

Contoh: مُحَمَّدٌ – أُسْتَاذٌ – طَالِبٌ

2. Isim Manshub

Isim mansub adalah isim yang biasanya pada keadaan akhirnya ditanda dengan harakat fathah.

Contoh: مُحَمَّدًا – أُسْتَاذًا – طَالِبًـا

3. Isim Majrur

Isim majrur adalah isim yang biasanya pada keadaan akhirnya ditanda dengan harakat kasrah.

Contoh: مُحَمَّدٍ – أُسْتَاذٍ – طَالِبٍ

Isim Isyarah Dan Isim Mausul

اِسْمُ الْإِشَارَةِ

(Kata Petunjuk)

اَلاِسْمُ الْمَوْصُوْلُ

(Kata Sambung/Penghubung)

Isim Ghoirul Munsorif
Posted by Seni Islam Thursday, April 30, 2009 comments (0)

اَلْمَمْنُوعُ مِنَ الصَّرْفِ / غَيْرُ الْمُنْصَرِفِ

(Isim Ghoirul Munsorif)

Isim Ghoirul Munsorif adalah isim yang tidak boleh ditanwin dan dikasrah.

Contoh: عُثْمَانُ - مَسَاجِدُ - عُمَرُ – عَائِشَةُ

Syarat-syarat isim ghoirul munsorif:


1. Tidak sebagai mudhof (disandarkan pada isim yang lain)

Contoh: صَلَّيْتُ فِى مَسَاجِدَ

مَرَرْتُ بِعُمَرَ

Apabila isim ghoirul munsorif ini sebagai mudhof, maka batal hukumnya.

Contoh: صَلَّيْتُ فِى مَسَاجِدِهِم

2. Terbebas dari alif dan lam

Contoh: صَلَّيْتُ فِى مَسَاجِدَ

مَرَرْتُ بِعُمَرَ

Apabila isim ghoirul munsorif ini memakai alif dan lam, maka batal hukumnya.

Contoh: صَلَّيْتُ فِى المَسَاجِدِ

Kelompok isim yang masuk dalam kategori ghoirul munsorif

1. Bentuk jamak yang berwazan مَفَاعِلُ (shighoh muntahal Jumu’)

Contoh: مَسَاجِدُ – مَقَاعِد

2. Isim maqsur yang berjenis muannath

Contoh: كُبْرَى - حُبْلَى

3. Isim mamdud yang berjenis muannath

Contoh: صَحْرَاءُ – حَمْرَاءُ

4. Nama perempuan

Contoh: مَرْيَمُ - عَائِشَةُ

5. Nama yang berwazan فُعَلُ

Contoh: عُمَرُ - زُحَلُ

6. Nama yang diakhiri dengan tambahan alif dan nun ان

Contoh: عُثْمَانُ - سَلْمَانُ

7. Nama orang asing (selain arab) / nama ajam

Contoh: إِبْرَاهِيْمُ - إِسْمَاعِيْلُ

Catatan:

1. Isim maqshur yang bukan kelompok muannath, maka tidak termasuk isim ghoirul munshorif.

Contoh: هُدًى - فَتًى

2. Semua nama orang yang diakhiri dengan ta marbuthoh maka dia ghoirul munsorif walaupun digunakan untuk nama orang lelaki.

Contoh: مُعَاوِيَةُ - طَلْحَةُ

3. Nama negara dan kota dikategorikan sebagai nama perempuan sehingga temasuk kelompok ghoirul munsorif.

Contoh: بَغْدَادُ - مِصْرُ

Dhomir (Kata Ganti Nama)
اَلضَّمِيْرُ

(Kata Ganti Nama)

A. Dhomir Munfashil

Dhomir Munfasil adalah dhomir yang penulisannya terpisah dengan kata yang lain.

Pembacaan Tabel

هُوَ Dia (Seorang lelaki)

هُمَا Mereka (Dua orang lelaki/perempuan)

هُمْ Mereka (lelaki-lelaki)

أَنْتَ Kamu (Seorang lelaki)

أنْتُمْ Kalian (lelaki-lelaki)

Contoh:

هُوَ أُسْتاَذٌ (Dia adalah seorang Ustaz)

أَنَا مسْلِمٌ (Aku adalah seorang muslim)

B. Dhomir Muttasil

Dhomir Muttasil adalah dhomir yang penulisannya bersambung dengan kata yang lain.

Pembacaan Tabel

كِتَابُهُ Bukunya (Buku milik laki-laki itu)

كِتَابُهُنَّ Buku mereka (Buku milik para perempuan itu)

كِتَابُُنَا Buku kami

C. Dhomir Mustatir

Dhomir Mustatir adalah dhomir yang tidak tertulis dalam kalimat akan tetapi tersembunyi dalam sesuatu kata.

Tiada ulasan: