Rabu, 16 Disember 2009

Hak-Hak Isteri Dari Suaminya

dipetik dari:http://layarislam.blogspot.com/

-Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
-Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
-Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
-Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
-Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
-Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
-Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
-Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
-Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak di dedahkan kepada orang lain.
-Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
-Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
-Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
-Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan sedih.
-Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
-Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
-Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
-Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Tiada ulasan: